Oleh: BAMBO
a_bambo@yahoo.com
Bismillahhirrahmannirrahim,
Cerita di dalam novel ini samaada watak, nama atau tempat yang diwujudkan hanyalah rekaan dari imiginasi penulis semata-mata, tidak kena mengena atau melibatkan dengan sesiapapun samaada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Jika ada itu hanyalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Pengolahan cerita yang disajikan adalah hanya sebagai hiburan ringan dan diharapkan dapat memberi pengajaran dan pedoman yang berguna. Sama-samalah kita berdoa semuga kita mendapat rahmat dariNya. Sesungguhnya kebaikan dari Allah SWT jua dan keburukan selalunya dari diri kita sendiri. Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana kandungan cerita ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penulis.
Kuala Lumpur Kota Metropolitan.
Jam sudah menunjukkan pukul 8:30 pagi. Dari awal pagi dia sudah terpacul di Bas Stop. Mana bas ni?. Sempat ke aku sampai ke pejabat. Bas yang datang bertali arus hanya menuju haluan ke tempat lain. Hanya bas bernombor dua tiga dua sahaja yang melalui kawasan di sekitar pejabat tempatnya bekerja. Risau Azman. Takut benar kalau dia terlambat lagi ke pejabat. Semalam Pengarah Seni Encik Yusof bos studio di pejabat tempat dia berkerja berpesan, hari ini kena datang awal, client nak datang. Ada perbincangan penting katanya.
Bas pulak tak muncul-muncul lagi...aduh!. Dengusnya dalam hati. Dalam suasana yang membungkam itu, wajahnya tiba-tiba ceria, dilihatnya seorang gadis datang mengambil tempat duduk disebelahnya. Sama seperti Azman menunggu bas. Cuma arah tujuan tidak pasti. Hatinya menjadi sejuk sedikit. Melalui ekor mata dijelingnya gadis itu secara diam-diam.
Cun melecun awek ni. Cepat-cepat Azman memandang tempat lain, bila dia tersedar gadis itu perasan yang dia memandangnya. Boleh tahan juga. Selama ni tak pernah nampak pun dia. Orang baru kat Kondo ni kot. Azman membuat tekaan dalam hati.
Si gadis buat-buat tidak tahu sahaja bila dia menyedari pemuda disebelah asyik memandangnya. Lelaki sama sahaja baginya. Pantang nampak anak dara berdahi licin sedikit, mulalah hendak menggatal!. Bosan.
Kalau jadi awek aku okey jugak ni. Azman berdoa dalam hati. Hidung mancung bak seludang, pipi bak pauh dilayang, bibir merah bak delima merekah, leher jinjang...eiiii comelnya. Terpegun Azman melihat gadis disebelahnya. Rasa hendak bertegur tapi tidak tahu bagaimana mahu mulakan bicara. Tinggi lampai...putih melepak...bertudung pulak. Azman memuji lagi dalam hati. Astagfirullah aladzim...apa aku fikir ni. Tanda penyesalan tiba tiba muncul di benaknya.
Bas Metro sudahpun sampai, tapi sudah penuh. Cepat cepat Azman menaiki bas, didalam bas dia sempat menjeling kearah gadis yang dilihatnya tadi. Sewaktu bas itu berlalu Azman terperasan si gadis itu sempat menjeling kearahnya. Manis!
Sampai ke pejabat selepas punchcard, Azman terus ke studio tempat dia membuat kerja. Talipon meja berdering. "Azman kau masuk bilik meeting kejap" Arah Encik Yusof dalam talipon.
"Okey bos"Jawab Azman. "Client dah sampai agaknya" Dia mengagak.
"Kenalkan ini Miss Mei Ling dari Metro Holding" Encik Yusof kenalkan client pada Azman.
"Hi ...Saya Azman" Jawab Azman pendek.. Disambutnya salam tangan client tadi. "Lembut" Azman tersenyum simpul. Biasanya kalau jumpa dengan client kena bersalam tanda perkenalan. Itulah perangai Encik Yusof, kalau client datang atas urusan pengubahsuaian artwork Azman yang dipanggilnya. Senang katanya tidak mahu ada clash information. Kalau ada designer sekali mudah untuk selesaikan kerja. "Encik Azman ni betul-betul menyusahkan akulah. sepatutnya dia ambik note dari client tu dulu, lepas tu baru explain dekat aku. kan senang...banyak lagi kerja aku kena buat ni...aduyaiiii?. Aku jugak kena mengadap client tu. Nasib baik amoi tu cun..." Gerutu Azman tidak puas hati.
"Azman artwork Johan Corporation untuk keluaran 20 haribulan kau dah hantar ke belum?. Media owner dah tanya tu... nanti kena surcharge masak kita!" jerit Encik Yusof dari arah biliknya.
"Okey bos ondaway" Azman memberi alasan. Pandai Azman menipu. Tipu sunat kata orang. Mana ada tipu sunat selagi namanya tipu maka berdosalah. Mungkin kalau menjurus kepada kebaikan hukumnya harus. Kalau lurus bendul sangat pun tidak boleh juga. Kebiasaannya kalau sebuah iklan sudah mendapat pengesahan dari pelanggan, iklan itu mesti di hantar ke pihak akhbar atau Media Owner untuk disiarkan mengikut jadual yang ditempah. Selalunya penghantaran iklan menggunakan talian atau Online dalam computer. Jimat masa. Itulah kelebihan teknologi canggih masa kini. Kalau dulu menggunakan mat despatch. Kalau terlambat alamat iklan tidak dapat keluar pada hari yang ditetapkan. Syarikat mendapat malu. Kredibiliti diragui. Silap haribulan pelanggan akan beralih kepada syarikat pengiklanan lain.
"Hai Azman morning, you dah breakfast?" Sapa Julia Middleton Abdullah lembut, tiba tiba sahaja gadis kacukan inggeris ini terpacul di sisi meja Azman. Graduan Komunikasi dan Media UiTM. Jawatan sebagai copywriter memang kena selalu berdamping dengan designer setiap kali mengendalikan job baru.
"Belum. You nak belanja i sarapan ke?" Azman mula mengusik. Dia suka sangat menyakat anak mat salleh yang lawa dan bergaya ini. Muka kacukan macam Julia ini memang ramai lelaki ingin mendekatinya. Walaupun ibunya keturunan melayu, mukanya macam mat saleh sebenar. Putih melepak bermata biru cuma rambutnya berwarna keperangan. Kalau di amat-amatinya wajah Julia ini seiras Jodie Foster pelakon The Silent of the lambs. Menggoda iman setiap jejaka yang memandang.
"Boleh jugak, kan pagi semalam you belanja i. Ini giliran i pulak nak belanja you. Jom" Ajak Julia mesra. Julia seorang gadis yang mudah diajak berkawan tapi jinak jinak merpatinya membuatkan ramai pemuda makan hati dengan sikapnya itu.
"Korang tak ajak aku sekali ke?". Karim mencelah. Cemburu betul dia bila melihat Julia mengajak Azman pergi keluar bersarapan. Karim adalah senior designer di tempat Azman berkerja.
"You pergi makan sorang-sorang. I ada benda nak bincang dengan boyfriend i ni. Jangan jealous!" Seloroh Julia memberi alasan. Azman mengerutkan dahi.
"Yelah tu..." Terkedu Karim mendengar jawapan dari Julia. Dia mengharap semoga apa yang dikatakan oleh Julia tidak menjadi kenyataan. Semenjak Julia masuk berkerja, sudah acapkali dia mencuba mendekati gadis manis ini namun tidak berjaya. Dia mengharap suatu hari nanti pasti Julia akan jatuh ke tangannya juga.
"Allahumma baarik lanaa fiima razaqtana waqinaa adzaa ban-naar" Azman berdoa. "Apalagi yang you tengok, makanlah nanti nasi lemak ni sejuk tak kick la" Bentak Azman tanpa menyedari gadis disebelahnya seakan-akan pelik dengan perbuatannya sebentar tadi.
"Kenapa tak makan lagi" Azman ingin tahu dan sengaja tidak mahu ambil tahu. Dia menyuap nasi lemak ayam berempah ke mulutnya. Malam tadi dia cuma makan roti ban kaya sebagai pengalas perut.
"You baca doa apa tadi, boleh I tahu?" Julia inginkan kepastian.
"Ohhh.. sorry. patutlah muka you nampak pelik tadi. I baca doa makan. Sunnah Rasullullah. Ambik berkat!" Jelas Azman selamba. Memang Azman sedang berhijrah sekarang ini. Dia ingin membuat perubahan secara perlahan-lahan. Kalau secara mendadak nanti takut tersalah bawa. Sesat jadinya! Nauzu billahi min zalik!
"Okey. seingat i dulu masa kecil nenek ada ajar tapi dah lupa" Jawab Julia ikhlas. "Tentu ada hikmah disebalik membaca doa makan ni ya?" Julia ingin tahu.
"Ada. besar fadilatnya. Nanti i ceritakan pada you. Hemm..Kita kena makan cepat ni, kerja banyak kat studio. Nanti Encik Yusof bising pulak!" Azman memberi ingatan.
"Jangan lupa tau, janji ya? Julia mengharap. Entah kenapa dia merasa selesa sangat kalau berbicara dengan Azman. Baginya Azman mempunyai tarikan tersendiri, merendah diri, tidak ego dan pandai mengambil hati. Azman disifatkannya sebagai motivator kerana Azman banyak memberi nasihat yang berguna padanya. Satu lagi kelebihan Azman ialah dia seorang yang kelakar. Walaupun Azman tidak sekacak Karim, tapi baginya Azman mempunyai karisma tersendiri, matang dan berjiwa romantis. Dia sendiri tidak mengerti tentang sikapnya yang menyenangi Azman. Adakah hatinya sudah terpaut kepada teruna idaman malaya ini. Hanya tuhan yang tahu. Azman yang membuatkannya bersemangat untuk berkerja. Dia sanggup datang awal ke pejabat dan menunggu Azman hanya semata-mata untuk mengajak bersarapan pagi bersama.
Bagi Azman dia amat kasihan melihat Julia terumbang-ambing mencari pedoman hidup. Umur masih remaja ini memang mudah sangat dipengaruhi oleh keseronokan duniawi. Duduk dikalangan orang berada memang cepat lupa diri. Disaat dikelilingi dengan kemewahan, dapat apa yang diingini sememangnya sangat sukar untuk mengawal diri. Satu bentuk ujian yang amat menyeronokan didunia, sehingga boleh riak, bongkak dan lupa akhirat, mengkianati janji untuk apa kita dihidupkan diatas mukabumi ini. Azman ingin membimbing gadis ini. Dia menganggap Julia lebih dari sahabat. Walaupun terdetik dihati untuk dia memiliki gadis kacukan ini, namun bila dilihat dari kemampuannya diri dia merasa rendah diri. Bak kata orang bagai enggang dengan pipit. Sekadar melihat dari jauh, untuk disentuh tidak sekali. Biarlah dia simpan sahaja isi hati. Untuk diluahkan tidak mungkin.
Azman balik awal. Tiada kerja overtime hari ini. Sedang dia menungu bas. Tiba -tiba sebuah kereta BMW 118i Sport merah menyala berhenti betul-betul dihadapannya. Azman kenal benar siapa empunya kereta ini, tapi dia buat macam tidak nampak. Tingkap kereta dibuka.
"Azman! naiklah i hantar you balik" Julia mempelawa dalam kereta.
"Hiss takpa-takpa you baliklah dulu!" Azman menolak. Orang disekeliling semua memandang Azman. "Buat malu betul si Julia ni, Takan aku nak tumpang naik kereta perempuan, hilanglah maco" bisiknya dalam hati. Sudah kerap kali Julia buat macam ini. Sudah dipesannya jangan hantar dia balik "Tidak faham jugak anak dara ni". Azman mengeluh panjang. Disebabkan malu dengan orang disekelilingnya, Azman masuk juga ke kereta. Julia tersengih melihat telatah Azman yang seperti kebudakan itu.
" I nak bawak you pergi makan kat Benteng, teringin nak makan Char Kueh Tiow, boleh?" Rayu Julia.
"Hemm okey lah. Jangan lama-lama tau!" Azman garu kepalanya yang tidak gatal. Julia kalau berborak boleh tahan petahnya. Mahu berjam-jam lamanya. Dia suka bercerita kisah keluarganya dan hal-hal semasa. Tidak larat Azman hendak melayan. Padanya selalu Julia jadikan tempat mengadu. Tidak dilayan nanti merajuk pula. Kalau dilayan sampai pagi pun tidak habis. Letih.
"Kalau you malu nak naik kereta i, nanti time balik you drive okey? Julia memujuk. Macam tahu sahaja isi hati Azman.
"Aiik tak nak lah" Azman menepis.
"Apa salahnya"
"Tak biasa bawak kereta mewah ni, nanti langgar pokok padan muka you"
"You ni kelakar lah" Julia ketawa kecil.
"You ada lesen kan and mata you pun terang. Takan pokok pun you tak nampak?"
"Ada. Lesen terbang!." Jawab Azman selamba.
Berdekah-dekah dua merpati sejoli ini ketawa. Saat seperti itulah yang membuatkan Julia senang dengan Azman. Azman menjadi pengubat kesunyiannya.
Julia memilih tempat duduk dihujung sekali,.Pelanggan tidak ramai.Azman hanya mengekori dari belakang macam lembu di cucuk hidung. Seronok dia melihat telatah dan tindak tanduk Julia. Asalkan Julia gembira dan ceria itu sudah cukup baginya. Makanan yang dipesan sudah tiba.
" Azman..." Suara Julia memulakan bicara.
"Kenapa sayang" Azman berseloroh.
" Eh you ni, seriouslah sikit!" Julia menjegilkan matanya yang redup.
" Okey okey teruskan... I dengar ni"
" I risaulah pasal papa". Julia terhenti disitu. Air matanya seperti hendak menitis.
"Alamak.. Relax Julia. Bertenang, cuba cakap pelan-pelan. Apa masalahnya? " Azman mencelah. Sifat kelakiannya memang tidak sanggup melihat perempuan bersedih. Itu kelemahannya.
" Malam tadi papa balik mabuk lagi!. Lepastu cakap yang bukan-bukan. I risaulah..." Rintih Julia. Tidak sanggup rasanya dia hendak beritahu segalanya. Malu dia pada Azman. Terasa seperti membuka pekung di dada. Harapannya hanya pada Azman teman rapatnya. Semuga Azman memahami masalah yang bergelodak dalam jiwanya. Dia tak kisah apa Azman akan kata perihal keluargannya .
" Berdoa bebanyak Julia . Mintak pada tuhan semuga papa you berubah."
" I hope so." Julia mengharap. Terasa lega sedikit bila Azman seakan mengambil berat diatas keluhannya tadi. Suatu hari nanti dia akan menceritakan segalanya pada Azman. Dia nekad.
Situasi mereka yang agak muram itu diganggu oleh kedatangan dua orang yang tidak dikenali. Seorang perempuan di usia awal empat puluhan sambil memimpin seorang pemuda yang bertongkat. Matanya buta!
" Derma untuk orang buta encik" . Katanya seakan merayu. Azman mengeluarkan wang satu ringgit dan diserahkan pada orang buta tersebut." Terima kasih, semuga Allah merahmati saudara" katanya lagi. Pasangan itu terus berlalu dan beralih kemeja pelanggan lain.
" Dorang tu sindiket lah. I ada baca paper. Mereka didalangi oleh seorang ketua yang menunggu hasil kutipan harian. Dengar kata sibuta hanya dapat makan aje, duit kutipan mereka ambik semua!" Jelas Julia yakin. Beriya benar dia menjelaskan pada Azman. Hilang sedikit masalah yang dihadapi sebentar tadi.
" Tahu, I dermapun sebab i ikhlas. Kesihan tengok orang buta tu. " Azman tahu apa yang bermain difikiran Julia. " Kita jangan fikir kemana perginya wang derma tu, yang penting niat kita ikhlas untuk membantu sesama manusia. Itu yang dituntut oleh agama. Sikap tolong menolong semakin pudar dan terhakis dimasa kini disaat manusia semakin rakus mengejar kekayaan didunia. Manusia seakan pentingkan diri sendiri." Terang Azman lembut. Pandai juga aku bagi syarahan bisiknya.
" Terima kasih Ustaz!" Julia berseloroh.
" Hanya itu sahaja tazkirah di petang ini, sekian" Lagak Azman mengajuk kata ucapan para ustaz yang kebiasaannya setelah selesai memberi syarahan agama. Julia ketawa.
" You ada tokoh jadi imam muda lah" Julia mengusik.
" Boleh lah sikit-sikit" Jawab Azman bergurau.
" Kembanglah tu, Hello cik abang jangan perasan sangat!"
" Eh.. Julia dah nak masuk waktu magrib ni. Nanti boleh you hantarkan i kat masjid kejap? I nak solat. " pesan Azman, sambil melihat jam tangannya yang hampir menunjukkan pukul 6:30petang.
" No problem, Abang Ustaz" selorohnya lagi. " I nak tanya sikit, solat kat rumah kan boleh?" Tanya Julia cuba memberi cadangan.
" Solat berjemaah lebih afdal iaitu dapat pahala lebih. Kalau solat sendirian dapat satu darjat sahaja jika dibandingkan berjemaah iaitu dua puluh lima darjat. Mana lebih banyak?. " Soal Azman sambil memberi penerangan. Selamba Azman menjelaskan fadilat solat berjemaah. Semuga ia dapat memberi sedikit ilmu agama pada sahabatnya itu.
" Yelah Pak Ustaz!" Malu Julia bila mendapat penjelasan yang memberi makna mendalam dari Azman.
" Pak Ustazlah pulak, tadi Abang Ustaz...nanti entah aper lagi." Jawab Azman. Julia ketawa terbahak-bahak lucu benar dia mendengar kata-kata Azman tadi.
Julia menghantar Azman balik ke Kondonya setelah selesai solat.
Sambungan,
sila ke post berikutnya...Bab 1-4
No comments:
Post a Comment