Pagi yang hening bercuacakan angin sepoi sepoi bahasa, Aladin termangu sendirian. Bermacam macam benda difikirkannya, dari soal hidup sehinggalah kepada soal politik sampailah ke masalah bumi gaza yang dicengkam dengan pergolakan. Aladin meraba kain pelikat di bahagian pinggang, lipatan gulungan kain pelikat mahu dibukanya, kepalanya dikelihkan kekiri dan kekanan curiga kalau orang nampak. Bila ' line clear' perlahan lahan dia membuka lipatan kain pelikat yang mengelembung di bahagian perutnya. Tersembullah teko kecil berwarna keemasan, diusap usap perlahan lahan. Tiba tiba muncung teko mengeluarkan asap berkepul kepul, bau asap seakan bau asap kemenyan berlegar legar menyusuk lubang hidung. Asap yang berlegar membentuk seakan satu lembaga manusia yang kabur dan perlahan lahan menjadi semakin jelas dan terus lembaga tersebut duduk disebelahnya.
"Kenapa bro? lain macam ko hari nih. Ada masalah ker?" Si Bedul nama sahabatnya yang baru keluar dari muncung teko tadi. Aladin tunduk kepala dan menoleh ke arah Bedul, kedua biji matanya dijuling kearah atas sebagai tanda menyampah!,
"Sebuklah ko nih..jangan kacau aku boleh?." Aladin menyergah.
"Habistu tadi yang ko pegi gosok gosok teko tuh apahal?.. aku nak tidur pun tak senang! Aku masuk baliklah, menyusahkan orang betullah! Bosanlah manusia nih." Bebel si Bedul.
"Lepaklah dulu!... apa yang seronok sangat dalam tuh.. sempit panas, tak faham lah jenis specis ko nih, Lepak luarkan syok, udara segar! taklah rimas dalam tuh." Aladin berseloroh.
"Aku tahu ko ada masalah! tengok ko garu garu kepala macam monyet tuh kompem tengah serabut! " si Bedul meneka.
" Aku bukan tak bersyukur..ko tak risau ker tengok keadaan dunia sekarang? Sara hidup semakin tinggi. Harga makanan semakin mahal...harga rumah mahal nak mampus! tu belum lagi nak hadap perangai manusia yang macam macam karenah! memang tak lah " Gerutu Aladin
Si Bedul tersengih, Itu masalah hidup manusia bukan masalah bagi kaumnya. Walaupun hidup berkongsi bumi dengan manusia namun cara hidup berlainan. Masing masing punya keadaan dan situasi alam yang berbeza dan langsung tidak ada kena mengena . Cuma persamaan yang jelas adalah Allah SWT menjadikan jin dan manusia untuk menyembahNya.